Wednesday, September 18, 2013

KAEDAH RAWATAN HOMEOPATHY

Seorang ahli homeopati mempunyai kaedahnya sendiri dalam membuat rawatan berasaskan undang-undang seraksi, iaitu undang-undang yang tetap tidak menyimpang daripada undang-undang tabii sebagai suatu kebenaran dan kenyataan untuk selama-lamanya. Satu-satunya kaedah yang mesti dalam sesi rawatan homeopati ialah:

Sunday, September 15, 2013

KESAN SAMPINGAN UBAT-UBATAN YANG MENGANDUNGI DADAH DAN BAHAN KIMIA




Memang tidak boleh dinafikan bahawa ubat - ubatan untuk merawat berbagai - bagai jenis penyakit yang dihidapi oleh manusia telah mengubah corak penyakit - penyakit yang membawa maut kepada manusia. Dengan adanya berbagai - bagai jenis antibiotik penyakit - penyakit yang sering membawa maut kepada manusia pada suatu masa dahulu seperti penyakit batuk kering , demam kepialu ( typhoid ) , lembab paru - paru ( pneumonia ) telah dapat dikawal.

Hari demi hari jenis ubat - ubatan yang baru yang lebih berkesan untuk membunuh kuman - kuman bakteria , kuman parasit dan sebagainya telah berjaya dikeluarkan untuk kegunaan para doktor.

Monday, September 9, 2013

PENYAKIT JANTUNG BERPUNCA DARI GULA



Sakit jantung adalah berpunca daripada saluran darah di jantung tersumbat akibat saluran darah sempit kerana plak kolesterol atau darah beku. Punca utama saluran darah di jantung tersumbat adalah kerana pemakanan tinggi karbohidrat terutamanya gula.

Monday, March 4, 2013

Farmakologi Alopathy

Farmakologi ialah kajian mengenai bahan mengubat (ubat) yang dipanggil farmaseutikal. Bidang ini menyentuh komposisi dadah, kandungan dadah, interaksi, ketoksikan, dan kesan kesan yang diingini yang boleh digunakan dalam terapi penyakit.
Dadah perubatan (iaitu ubat) memerlukan kebenaran daripada pihak berkuasa mengawal penggunaan dadah seperti FDA di Amerika Syarikat. Di Malaysia pula, kebenaran penggunaan ubat perlu diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. International Conference on Harmonisation berusaha untuk menstandardkan kebenaran penggunaan dadah perubatan di seluruh dunia.