Jerawat merupakan masalah kulit yang menyebabkan
terhasilnya bengkak-bengkak pada muka, dada atau
belakang badan. Ia kemudiannya membentuk
jerawat putih yang kecil mengandungi nanah
atau jerawat hitam atau bonjolan
berwarna merah.
Setiap kali anda berada di hadapan cermin setiap kali pulalah jari-jari anda menekan-nekan, memicit-micit jerawat di muka anda. Kekadang keluar black head, adakalanya keluar white head dan tak kurang juga keluar nanah. "Bilalah jerawat ni mau sembuh!!.." Sudah berbagai-bagai ubat telah ditelan dan bermacam-macam vitamin yang berjenama serta krim muka yang mahal-mahal telah diguna namun kesannya serupa saja.
APAKAH YANG MENYEBABKAN JERAWAT?
Kehadiran bakteria Propionibacterium Acnes menghasilkan keradangan (inflammation) atau bengkak dan mengandungi nanah di dalam liang roma (hair follicles). Jerawat ini keluar kebanyakannya di bahagian muka, dada, belikat dan belakang badan dalam bentuk jerawat biasa (pimples), cyst dan kadangkala abscesss. Kedua-dua cyst dan abscess adalah mengandungi nanah, cuma bezanya abscess lebih besar dan mendalam.
- Gabungan faktor-faktor seperti genetik, hormon, bakteria, liang tersumbat dan keradangan akan menyebabkan jerawat.
- Folikel rambut atau liang pada kulit mengandungi kelenjar sebum yang menghasilkan sebum (minyak). Semakin banyak sebum dikeluarkan, peluang untuk mendapat jerawat semakin tinggi.
- Apabila liang ini tersumbat dengan sebum dan keratin (sel kulit yang mati) jerawat hitam (komedo) akan terbentuk.
- Jika liang yang tersumbat kekal tertutup dan ia membengkak, kita gelarkannya sebagai jerawat putih (whitehead)
- Jika liang yang tersumbat kekal terbuka dan permukaan atasnya (pada kulit) menjadi gelap, ia dikenali sebagai jerawat hitam
- Dinding folikel mungkin pecah lalu membentuk bonjolan berwarna merah.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGANGGU KULIT
- Gangguan hormon disebabkan oleh:
o Tekanan psikologi.
o Pra-haid.
- Faktor persekitaran seperti:
o Kelembapan yang tinggi lalu menyebabkan kulit membengkak.
o Menggunakan kosmetik seperti sesetengah jenis pelembap, bedak asas dan minyak rambut.
o Pekerjaan yang melibatkan minyak dan gris (contoh memasak kentang goreng).
o Pakaian yang kasar.
• Ubat-ubatan seperti pil perancang kehamilan dan ubat tertentu (dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi).
GEJALA
- Ruam kulit atau lesi (luka) pada muka, dada, leher, bahagian atas belakang badan, bahu atau bahagian-bahagian lain.
- Komedo (jerawat putih atau jerawat hitam bergantung kepada warnanya).
- Lesi atau kulit di sekeliling lesi menjadi kemerah-merahan.
- Radang di sekeliling tompokan pada kulit.
- Tompokan pada kulit menjadi berkerak.
- Kulit menjadi berparut.
- Pigmentasi.
PENGURUSAN SENDIRI
- Basuh muka dengan air dan sabun yang lembut atau gunakan pencuci antiseptik 2 kali sehari dan lap kering dengan tuala yang lembut.
- Sikat atau ikat rambut supaya tidak menutup muka.
- Gunakan pelembap berasaskan air (dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi).
- Jangan menggunakan bahan-bahan kosmetik yang berminyak seperti bedak asas atau pelindung cahaya matahari.
- Jangan mencucuk, menggaru dan memicit jerawat, noda hitam atau noda putih. Ini boleh menyebabkan kulit muka berparut.
- Jangan meletakkan/merehatkan muka di atas tangan seperti berteleku/ menongkat dagu dan lain-lain kerana ini boleh merengsakan kulit muka.
- Gunakan ubat jerawat yang dapat menghalang liang daripada tersumbat dan menanggalkan noda hitam dan noda putih.
- Patuhi arahan penggunaan ubat jerawat dengan berhati-hati.
- Hentikan penggunaan ubat jerawat jika mendatangkan kesan sampingan yang teruk.
- Pakai pakaian yang longgar dan nipis jika jerawat terdapat di belakang badan atau dada.
KOMPLIKASI
- Fizikal - parut yang kekal di muka.
- Psikologikal - gangguan psikologi terhadap keyakinan diri, harga diri, personaliti dan kehidupan sosial.
Proses pembentukan jerawat
Apabila bintik-bintik putih (white heads) pada liang roma (hair follicle) tercemar manakala ia berada dalam keadaan berminyak dan lembab, bintil putih tersebut akan bertukar menjadi bintik hitam (black head). Bintik-bintik hitam (black heads) adalah terdiri dari sumbatan sebum (iaitu bahan berlemak yang dihasilkan oleh sebaceous gland). Pada kebiasaannya, bintik hitam sukar untuk dikeluarkan kerana ruang folikel yang kecil jika dibandingkan dengan saiz bintik hitam yang besar.
Apabila kandungan sebum (lemak dan minyak) di dalam salur folikel itu bertambah maka ruang folikel itu akan terhakis dari dalam dan membesar, maka ia akan menyebabkan kerosakan pada kulit lalu menyebabkan penanahan dan akhirnya terbentuklah jerawat.
Bakteria Propionibacterium Acnes
- Pembiakan sejenis bakteria iaitu Bakteria Propionibacterium Acnes yang terbentuk di ruang-ruang folikel di sebabkan oleh penjagaan kesihatan yang yang buruk akan mencepatkan pembentukan jerawat.
- Jerawat diketogorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi (jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30.
- Manakala jumlah lesi dari 30 hingga 125 akan dikategorikan sebagai masalah jerawat ‘sederhana’. Dan apabila jumlah lesi telah melebihi 125, maka masalah jerawat itu akan dikategorikan sebagai ‘kronik’.
Cystic Acne
- Jerawat biasanya menyerang remaja yang berusia antara 14 hingga 19 tahun kerana pada waktu itu berlakunya suatu bentuk perubahan hormone yang agak agresif.
- Jerawat akiut; Jerawat ini tidak punya banyak masalah, biasanya hanya terdapat sedikit bintik hitam dan jerawat. Ia dikategorikan sebagai ‘ringan’ (mild) sekiranya jumlah lesi(jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30. Kurangnya warna kemerah-merahan pada kulit akibat jerawat.
- Jerawat Sederhana; Pada kebiasaannya pesakit akan mengalami banyak bintilan jeragat (black heads) dan jerawat yang berwarna hitam dan merah pada bahagian wajah/muka, dada dan belakang badan.
- Jerawat Kronik; Terbentuk banyak nodul besar yang berwarna merah (inflammation) dan terasa sakit dan berdenyut pada bahagian muka, dada, belakang badan dan anggota tubuh yang lain. Pengeluaran dari kelenjar sebacious yang berlebihan akan menyebabkan kesumbatan pada kelenjar minyak juga keradangan kulit. Apabila ini berlaku, maka Whiteheads akan muncul dengan banyaknya sambil merancakkan pertumbuah jerawat yang amat ketara. Jika masalah itu berlarutan tanpa diselesaikan maka akan wujudnya interaksi antara jeragat, jerawat dan minyak yang boleh menyebabkan parut kekal dan kawah kulit yang besar serta luka bernanah. Selain itu, bintik hitam (blackhead) yang banyak pula akan wujud dan berinteraksi dengan bakteria jerawat.
Cara Terbaik Merawat Jerawat
- Selain dari penggunaan ubat-ubatan adalah mustahak bagi pengidap jerawat ini menjaga pemakanan harian mereka. Makanan yang berminyak dan berlemak hendaklah dihindari, sebaliknya banyakkanlah makan makanan dari sayuran hijau dan buah-buahan.
- Kurangkan pengambilan protien haiwan seperti daging, telur, makanan laut seperti udang, sotong, ketam, kerang dan sebagainya. Sebagai alternatif untuk tubuh kita mendapat bekalan protien ialah dengan meminum air kacang soya atau makanan yang berasaskan soya.
- Jauhkan dari memakan makanan yang diawet atau diperam terutamanya makanan laut yang diawet seperti belacan, cencalok, budu, pekasam, ikan yang dikeringkan dan sebagai lagi. Sebaliknya ambil lah makanan yang segar dan fresh.
- Buangkan tabiat merokok, meminum alkohol dan pengambilan pil-pil hormon, bahan-bahan stimulant dan dadah.
- Bahagian anggota tubuh yang kena jerawat perlulah dibersihkan selalu. Kalau kita menggunakan air biasa sebaiknya lima kali sehari Jika kita menggunakan pencuci muka gunakanlah pencuci muka yang rendah bahan kimianya kerana kandungan bahan kimia tertentu didalam pencuci muka akan lebih merosakkan kulit muka. Mencuci muka dengan menggunakan wap air boleh dilakukan sebanyak satu atau dua kali sehari yakni malam dan pagi. Penggunaan wap air dapat menolong pembukaan liang atau pori-pori bagi pengeluaran minyak dan lemak, menanggalkan kotoran yang menyumbat, membersihkan muka dari minyak.
Di dalam kaedah pengambilan ubat suka saya kategorikan kaedah pengubatan dengan dua cara,
- Kaedah PEMBENAMAN atau suppression. Yang dimaksudkan dengan pembenaman ini ialah penyakit jerawat yang berada di bahagian luar kulit itu dihilangkan atau dibenam masuk kedalam kulit menggunakan samada antibiotik, benzoyl peroxide, retinoids, antiseborrheic medications, anti-androgen medications, hormonal treatments, salicylic acid, alpha hydroxy acid, azelaic acid, nicotinamade, kera-tolytic soaps atau ubat dalam bentuk krim sapu. Tenaga ubat-ubat ini akan membenam penyakit yang di luar itu masuk ke dalam. Ini bermakna penyakit itu tidak akan ke mana-mana, ia ada di dalam sistem badan dan akan keluar semula bila tenaga ubat suppression ini hilang. Pesakit akan merasa lega sementara kerana jerawatnya telah kering, tetapi penyakit ini akan berulang keluar semula dan dibenamkan kembali dan keluar kembali begitulah seterusnya. Hasilnya pada suatu tahap jerawat yang keluar itu makin bertambah kronik dan kulit muka bertambah teruk. Ini tidak akan menyelesaikan masalah.
- Kaedah kedua telah diamalkan oleh doktor-doktor homeopathy yakni kaedah membebaskan atau mengeluarkan penyakit beserta benih-benih penyakit yang di dalam tubuh itu keluar. Seorang doktor homeopathy akan mengumpulkan semua maklumat atau simptom-simptom penyakit dan memilih satu ubat yang seraksi dengan pesakit tersebut mengikut kaedah SIMILIMUM. Bila satu ubat yang dipilih tepat dengan gejala penyakit maka satu fenomena atau gelombang atau krisis penyembuhan akan berlaku. Jika penyakit jerawat itu tahap 'mild' atau akiut kemungkinan penyakit jerawat itu akan beransur-ansur hilang. Namun jika keadaan penyakit itu sudah kronik dan mendalam, pesakit berkemungkinan merasa sedikit kemelaratan atau jerawat yang baru makin bertambah keluar dan yang lama memecah dan kering silih berganti. Keadaan ini mungkin akan berlarutan selama satu, dua atau tiga minggu. Atau mungkin mencapai kepada satu bulan. Sampai pada satu tahap tiada apa lagi penyakit yang mahu keluar maka kesembuhan pula mengambil tempat. Kesembuhan pada kali ini adalah suatu kesembuhan yang lama. Ini bermakna pesakit tidak perlu bergantung kepada ubat seumur hidupnya. Bila sudah sembuh tidak perlu lagi kepada ubat dan apa-apa makanan yang selama ini menjadi alergi kepada penyakit tersebut sudah tidak lagi mengancam.
Ubat homeopathy
Homeopathy mempunyai puluhan jenis ubat yang dapat membantu orang yang mempunyai masalah jerawat ini. Kebiasaannya para doktor homeopathy akan memberi ubat bergantung kepada keseluruhan gambaran penyakit (the totality of symptoms) yang ada pada sesorang itu. Keseluruhan simptom yang ada antara seorang pesakit dengan pesakit yang lain itu mungkin berbeza jadi ubat yang di'prescribe'kan pun berbeza juga. Jadi mungkin ubat jerawat si 'A' dengan si 'B' adalah juga berlainan. Ini mengikut keseraksian ubat dan pesakit itu. Antara ubatnya ialah Nat Mur, Phos Ac, Hepar Sulp, Graphite, Silicea, Calendula, Lyco, Sulphur, Sepia, Puls, Berb Aqua, Asterias Rub dan banyak lagi.
Nama Produk : Asterias Rub
Hubungi : Shima - 019 306 8041 (Whatsapp/Telegram)
No comments:
Post a Comment