Tuesday, September 23, 2014

Pening / Migrane



Migrane:
Saluran darah individu tertentu tidak begitu sensitif kepada kesan-kesan penyejukan (effect of cooling). Membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan effektif (serotonin adalah bahan kimia dalaman yang boleh mengecutkan saluran darah). 



Pemakanan.


  1.  Terlalu berlebihan makanan yang mengandungi monosodium glutamate MSG (seperti Ajinomoto), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alkohol dan aspartame boleh menyebabkan migrain. Ada antara makanan ini yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan saluran darah, jadi menyebabkan migrain.
  2. Allergik kepada sesuatu juga akan menyebabkan migrain.
  3. Kandungan gula yang rendah menyebabkan saluran darah mengembang.
  4. Makan tidak mengikut waktu juga boleh menyebabkan terjadinya migrain.
  5. Banyak mengambil minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe, coca-cola dsb selalu menghadapi “caffeine withdrawal syndrom” bila mereka cuba menghentikan tabiat mereka secara mendadak. Sindrom ini sama dengan migrain. Ini adalah kerana kaffein menyempitkan saluran darah, dan pemberhentiannya akan menyebabkan saluran darah mengembang.
Hormon.
  1. Turun naik hormon wanita, oestrogen, dikaitkan dengan kejadian migrain. Migrain mungkin tidak disebabkan oleh oestrogen secaraterus, tetapi disebabkan oleh paras oestrogen yang tidak menentu naik dan turun.
  2. Mengandung.
  3. Haid. - mengalami migrain sebelum, semasa dan selepas datang haid.
  4. Pil perancang yang mengandungi oestrogen. Ini boleh menyebabkan migrain.
  5. Menopause (putus haid). HRT (hormone replacement therapy) yang menggunakan hormon termasuk oestrogen menyebabkan mereka yang mengambilnya mengalami migrain.

Cara hidup.
  1. Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga.
  2. Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain
  3. Pemakanan yang tidak teratur
  4. Pengambilan ubat.- ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh menyebabkan migrain.
  5. Begitu juga dengan beberapa persediaan herba seperti yang mengandungi ginkgo biloba.    
  6. Penggunaan berlebihan ubat migrain juga boleh menyebabkan migrain.

Penyebab-penyebab lain.
  1. Perubahan cuaca.
  2. Cuaca terang matahari atau lampu
  3. Bunyi bising yang kuat. Bau yang kuat.
  4. Menonton tv, memandang skrin komputer dengan lama.
  5. Stress dan tekanan emosi. Sesetengah orang mengalami migrain selepas menghadapi tekanan emosi dan sesetengahnya semasa menghadapi tekanan emosi.
  6. Jantina. Perempuan lebih kerap (tiga hingga empat kali lebih kerap berbanding lelaki).
  7. Merokok.



Nama  Produk :  Ipecacuana @ Diabetic
Hubungi         :  Shima - 019 306 8041 (Whatsapp/Telegram)

No comments:

Post a Comment