Wednesday, September 18, 2013

KAEDAH RAWATAN HOMEOPATHY

Seorang ahli homeopati mempunyai kaedahnya sendiri dalam membuat rawatan berasaskan undang-undang seraksi, iaitu undang-undang yang tetap tidak menyimpang daripada undang-undang tabii sebagai suatu kebenaran dan kenyataan untuk selama-lamanya. Satu-satunya kaedah yang mesti dalam sesi rawatan homeopati ialah:



“Bagi mengubat penyakit-penyakit ini hendaklah lebih dahulu (pengamal itu) mengetahui dan mengambil semboyan-semboyan dan tanda-tanda penyakit dengan cermatnya daripada orang-orang yang sakit yang hendak diubat itu. Setelah terang semboyan-semboyannya didapati, dicarikanlah pula ubat-ubat yang ada mengeluarkan semboyan-semboyan dan tanda-tanda penyakit yang serupa atau seakan-akan semboyan si sakit yang dirawat dengan semboyan sedia­kala yang ada pada tabiat dan khasiat ubat itu; kemudian (jika) didapati (seraksi dengan) pesakit, (dia) itu pun pulih dan sihat kembali.”

Penjelasan ringkas di atas merupakan contoh dalam pengambilan kes homeopati yang merawat tidak bergantung semata-mata kepada diagnostik fizikal dan peralatan canggih. Kerana, seperti kata Dr. Burhanuddin:
“Kejayaan dalam mengamalkan homeopati ini bergantung kepada memilih ubatnya yang seraksi dengan ‘undang-undang seraksi’nya dan bergantung kepada ubat homeopati yang betul-betul baik, diperbuat mengikut undang-undang dan peraturan perubatan homeopati jua, tidak ubat-ubat yang ditiru dan palsu.”

ARAH KESEMBUHAN
Di dalam perubatan homeopati, kesembuhan mengikut tabii merujuk kepada arah kesembuhan Dr. Hering. Inilah juga yang diajar oleh Dr. Burhanuddin kepada anak muridnya. Arah kesembuhan itu ada tiga:
(i) Dari dalam ke luar,
(ii) Dari atas ke bawah, dan
(iii) Dari hadapan ke belakang, atau semboyan-semboyan yang tak nampak dalam cara berputar-balik datangnya.”

“Penyakit idapan maranya dari sebelah luar ke sebelah dalam, dari urat saraf (tissue) yang di luar ke arah anggota-anggota hidup (vital organ) yang sampai kepada diri batin sebelah dalam diri seseorang itu, kesembuhan mengambil jalan yang bertentangan dan mara dari sebelah dalam ke sebelah luar dan dari atas ke bawah. Jika sesuatu penyakit yang baharu sekali datang dan (maka) penyakit itu hendaklah dihilangkan dahulu dan penyakit-penyakit yang kemudian akan dihilangkan berikutan kemudian.”

Dalam pemberian penawar homeopati, penawar yang bertepatan akan memandu penyakit keluar mengikut arah kesembuhan Hering. Tetapi sekiranya penawar itu tidak seraksi atau salah pilih, ia boleh mengusutkan masalah pesakit dan kesembuhan mengikut arah yang diperkatakan tidak akan berlaku. Dinyatakan lagi oleh Dr. Burhanuddin:
“Kita memperkatakan kesembuhan yang sebaik-baiknya, tetapi hendaklah diingat pula kerana pada zaman ini kesembuhan yang sebaik-baiknya jarang sekali di jumpa. Di sini bukanlah salah undang-undang homeopathy kerana ahli perubatan homeopathy itu seperti manusia biasa, dia boleh jadi salah memilihkan penawarnya yang betul dan seraksi itu