Monday, September 9, 2013

PENYAKIT JANTUNG BERPUNCA DARI GULA



Sakit jantung adalah berpunca daripada saluran darah di jantung tersumbat akibat saluran darah sempit kerana plak kolesterol atau darah beku. Punca utama saluran darah di jantung tersumbat adalah kerana pemakanan tinggi karbohidrat terutamanya gula.

Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan paras glukosa yang tinggi dalam darah. Peningkatan paras glukosa ini akan merosakkan dinding saluran darah (endothelium) bahagian dalam yang menyebabkan pemendapan kolesterol didalamnya yang menyebabkan plak kolesterol yang menyumbatkan saluran darah di jantung dan otak.

Oleh kerana itu seseorang berisiko tinggi mendapat serangan jantung dan strok.

Merokok juga boleh menyebabkan masalah penyakit jantung dan dengan berhenti merokok boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Ramai mereka yang  berhenti merokok memilih untuk makan secara tidak sihat yang akan akhirnya menyebabkan masalah yang sama. Apabila seseorang baru berhenti merokok biasanya akan menghadapi masalah selera makan yang tinggi dan susah dikawal.
Oleh kerana itu, amat penting untuk kita faham tentang jenis-jenis makanan yang boleh menyebabkan saluran darah jantung tersumbat.

Makanan yang kaya dengan gula dan manis adalah diantara punca
berlakunya penyumbatan pada saluran darah jantung.
Keradangan (inflammation)akan terjadi pada dinding saluran darah yang disebabkan oleh sejenis bahan yang dipanggil AGE (Advance Glycation End Products). Keradangan ini menyebabkan berlakunya pembentukan plak kolesterol dalam saluran darah yang akan menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan pengaliran
darah dalam saluran darah koronari terganggu.
Gula juga penyebab kepada peningkatan paras kolesterol trigliserida dan LDL dalam darah. Ia akan 'termendap' didinding saluran darah apabila berlaku keradangan akibat AGE tadi. Oleh sebab itulah dikatakan gula adalah diantara punca berlakunya penyakit jantung koronari

Saluran Darah tersumbat akibat plak kolesterol
Terdapat beberapa kajian kepada haiwan  di makmal, didapati pengambilan gula dalam tempoh yang lama akan menyebabkan penyakit berkaitan jantung dan saluran darah serta gangguan metabolisma tubuh. Sesetengah ahli sains berpendapat, kandungan fruktosa dalam gula adalah lebih merbahaya kepada kesihatan berbanding dengan glukosa.

Ahli sains mendapati ungsi jantung akan terganggu apabila seseorang ditukarkan pemakanan karbohidrat yang kaya dengan serat kepada pemakanan karbohidrat proses untuk jangkamasa panjang.
Risiko serangan jantung (myocardial infarction) adalah lebih tinggi apabila seseorang menukar pemakanan yang tinggi dengan lemak tepu kepada pemakanan yang tinggi dengan karbohidrat dengan indeks glisemik yang tinggi seperti gula, jagung, makanan proses dari tepung gandum dan sebagainya.

Terdapat kajian lain yang menunjukkan risiko mendapat penyakit jantung koronari menurun apabila seseorang makan makanan yang tinggi dengan asid lemak politaktepu (PUFA) tetapi rendah gula, manakala seseorang yang makan makanan yang rendah lemak tetapi tinggi dengan gula atau karbohidrat dengan GI yang tinggi menunjukkan tiada penurunan risiko penyaki jantung.

Ini menunjukkan, pemakanan yang tinggi dengan beban glisemik iaitu makanan ringan atau makanan proses (junk food) yang kaya dengan karbohidrat yang berkaitan dengan risiko mendapat penyakit jantung koronari.

Pengambilan gula secara berlebihan telah dikaitkan secara positif dengan pelbagai sebab yang meningkatkan risiko penyakit jantung koronari dikalangan remaja dan juga orang dewasa.
Kajian merumuskan kesan impak negatif kepada kesihatan jantung dan saluran darah atau kardiovaskular yang kuat apabila seseorang mengambil gula dan karbohidrat yang berlebihan dalam pemakanan seharian berbanding pengambilan lemak tepu yang tinggi.


Pengambilan gula atau sukrosa yang berlebihan akan menyebabkan peningkatan risiko penyakit jantung dan saluran darah tersumbat menurut satu kajian yang dijalankan di Sweden. Kajian ini dijalankan di Lund University dan Malmo University College, Sweden. Dalam kajian ini mendapati gula berkait rapat dengan paras kolesterol yang tinggi, meningkatkan paras LDL dan trigliserida serta menurunkan paras kolesterol baik HDL. Ironinya, jumlah lemak yang dimakan didapati tidak mengubah paras kolesterol dalam darah.


Nama  Produk :  Saccharum-Q @ Diabetic
Hubungi :  Shima - 019 306 8041 (Whatsapp/Telegram





No comments:

Post a Comment