Tuesday, September 30, 2014

JERAGAT (Frecles)

Terbentuknya jeragat secara amnya adalah disebabkan gangguan pada sistem penghadhaman, berkerja di bawah panas matahari, kerosakan cecair sauda (melancholy), kekotoran darah, kepanasan, menopause, hari-hari mengandung dak sebagainya.

Pada muka orang yang diserang penyakit ini terdapat tompokan berwarna kelabu, coklat atau kehitaman yang kelihatan hodoh.


Sunday, September 28, 2014

Pengambilan Gula berlebihan juga penyebab "GOUT"



Pada tahun l893, seorang saintis bernama Dr Osier telah memberi pandangan bahawa untuk merawat pesakit gout, pesakit perlu mengurangkan makan gula dan buah-buahan manis.

Tetapi nasihatnya ini telahpun dilupakan. Kini kajian sains telah menunjukkan bahawa pendapat Dr.Osier adalah benar dan terbukti.


Kebanyakan dari kita hari ini menyangka punca gout adalah disebabkan-oleh makan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan daging, kekacang. 

Tuesday, September 23, 2014

Pening / Migrane



Migrane:
Saluran darah individu tertentu tidak begitu sensitif kepada kesan-kesan penyejukan (effect of cooling). Membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan effektif (serotonin adalah bahan kimia dalaman yang boleh mengecutkan saluran darah). 

Sunday, September 21, 2014

BALAR / SOPAK (LUCODERMA - VITILIGO)

Menurut kajian terkini masalah ini menyerang 3% populasi. Ini bermakna dalam 100 orang TIGA daripadanya mengidap vitiligo.

Definasi :
Kulit bertukar menjadi putih. Kulit menjadi putih disebabkan oleh kehilangan pigmen dan terjadilah tompok-tompok putih pada kulit kulit.
Ada yang menyerang sehingga kening dan rambut gugur atau menjadi putih dan ada juga yang menyerang tubuh badan dan juga mencerahkan kulit.
Penyakit ini dikenali sebagai autoimmune yang disebabkan oleh antibody tubuh badan pesakit sendiri yang membunuh sel-sel warna pada kulit. Kemungkinan besar punca kehadiran antibody ini daripada faktor genetik iaitu melalui ibubapa atau datuk yang mempunyai DNA yang rosak.

UBAT TAHAN SAKIT DAN KESAN SAMPINGANNYA

Biasanya doktor akan memberikan ubat tahan sakit (painkiller) yang dikategorikan sebagai “non steroidal anti inflammatory drugs” (NSAIDs) atau ubat yang merawat keradangan yang bukan jenis steroids.

Sekiranya kita mengalami kecederaan fizikal seperti terseliuh, atau jangkitan kuman, badan kita akan mengalami keradangan.

Sejenis bahan biokimia "prostaglandin" dikeluarkan dari sel-sel yang cedera bagi menghantar mesej bahawa tubuh sedang mengalami keradangan dan otak membacanya sebagai tubuh mengalami kesakitan."Prostaglandin" dalam tubuh dihasilkan dengan bantuan sejenis enzim dipanggil cyclooxygenase atau disebut secara singkatannya sebagai COX. Terdapat dua jenis enzim COX iaitu cyclooxygenase-1 dan cyclooxygenase-2.

Dipasaran ketika ini terdapat ubat penahan sakit seperti ibuprofen, voltaren dan ponstan yang dapat mengganggu fungsi kedua-dua enzim cyclooxygenase ini dan akhirnya menghalang penghasilan biokimia "prostaglandin".Jadi kita tidak akan merasa sakit.

Friday, September 19, 2014

SYMPTOMS - Kenali Penyakit anda.

image Berikut disenaraikan senarai penyakit-penyakit...

Kencing Manis (Diabetis)

Sebenarnya ia adalah cara hidup.... dan pemakanan. Ini adalah gejala zaman moden.

Thursday, September 18, 2014

Kaedah Rawatan Demam Terbaik


Kelazimannya apabila seseorang itu mengalami demam panas, perkara pertama yang akan dilakukan adalah pemberian  ubat yang sesuai.

Sinus


Formula homeopati yang terbukti secara klinikal mampu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan melibatkan sistem pernafasan seperti:-
Pernafasan terganggu, nafas berbau, hidung tersumbat, hingus meleleh, selsema biasa atau akibat jangkitan virus bahaya,alahan akibat pelbagai punca, asma, bronkitis, pneumonia, kulit kasar, jerawat, ruam, berdengkur, batuk, kahak, resdung,sinusitis, rhinitis dan sebagainya.
RESDUNG / Catarrh
Inflamasi / Radang tulang rawang / membran yangg biasa dikaitkan dengan hidung, tekak dan saluran pernafasan.
Sebab : Pencemaran udara sekeliling , terlalu sensitif dengan alam sekitar , alahan dengan berbagai makanan seperti makanan laut, tumbuhan dan sebagainya.
Simtom - Cecair yang keluar dari hidung tidak kira samada pekat atau cair, bersin yang banyak, gatal hidung, gatal muka dan lain-lain dikawasan muka. Terdapat beberapa situasi tambahan yang berlainan katogori seperti ;