Pada tahun l893, seorang saintis bernama Dr Osier telah memberi pandangan bahawa untuk merawat pesakit gout, pesakit perlu mengurangkan makan gula dan buah-buahan manis.
Tetapi nasihatnya ini telahpun dilupakan. Kini
kajian sains telah menunjukkan bahawa pendapat Dr.Osier adalah benar dan terbukti.
Kebanyakan dari kita hari ini menyangka punca gout adalah disebabkan-oleh makan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan daging, kekacang.
Memahami faktor sebenar terjadinya sakit sendi gout ini adalah amat penting untuk mencegah dan mengawal penyakit ini. Gout biasanya dikaitkan sebagai "penyakit lelaki dan ia jarang berlaku kepada wanita, cuma hanya ada sedikit kemungkinan berlaku kepada wanita yang telah menopaus.
Ketika simtom gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat. Gout boleh dibahagikan kepada Asimptomatik (tanpa simptom), Akut, Interkritikal dan kronik.Akut adalah simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba, biasanya hanya menyerang pada beberapa sendi. Kronik pula berlaku berulang-ulang yang dikenali "polyarticular gout:.
Kesakitan yang teramat, kejang dan kaki berubah bentuk dan kadangkala menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.
Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil yang dipanggil "Tophi". Pada keadaan yang lebih serius, "tophi" yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.
“Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan berminggu-minggu mengikut keadaan pesakit. Sendi yang diserang gout akan bengkak, merah dan panas.
“Secara semulajadi asid urik akan larutkan dalam darah dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak asid urik sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit,”
Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan — yang dipanggil gout palsu atau pseudogout.
Rawatan awal adalah ubat penahan sakit. Apabila diognasa telah disahkan, dadah pilihan adalah Colchicine, Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) atau Intraarticular glucocorticoids.
Kini beberapa kajian mendapati terdapat peningkatan insiden penyakit gout dinegara kita dan di negara-negara maju dunia termasuklah Amerika Syarikat. Statistik menunjukkan pengambilan minuman ringan di Amerika Syarikat meningkat sehingga 61% di kalangan orang dewasa dari tahun 1977 hingga 1997.
Dr Penafort menyatakan , apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.
Peningkatan penggunaan minuman berkarbonat, minuman jus dan minuman bergula terutamanya HFCS terus berleluasa sehingga hari ini.
Pengambilan Fruktosa yang berlebihan juga menyebabkan peningkatan paras asid urik yang menjadi punca kepada masalah sakit sendi 'gout' tetapi glukosa dan galaktosa tidak menunjukkan keadaan yang sama. Kajian menunjukkan, fruktosa akan mengganggu enzim xanthine oxidase dalam hati yang menyebabkan berlaku peningkatan paras asid urik dalam darah yang akan menyebabkan masalah sakit sendi 'gout'. Fruktosa telah diketahui satu-satunya jenis karbohidrat yang boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah. Fruktosa juga menyebabkan masalah rintangan insulin dan meningkatkan paras insulin dalam darah dan ini boleh menyebabkan terjadinya sindrom metabolik.
Oleh kerana gula mengandungi fruktosa, maka pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan masalah ini.
Berdasarkan analisa dari data-data yang terdapat dalam kajian menunjukkan pengambilan gula berlebihan terutamanya minuman manis bergula dan tinggi dengan fruktosa sangat berkait dengan meningkatnya risiko penyakit gout kepada lelaki. Begitu juga dengan pengambilan jus buah-buahan dan makan buah-buahan yang sangat manis seperti rambutan, nangka, durian dan sebaginya boleh meningkatkan paras asid urik dan menyebabkan masalah sakit sendi gout.
Biasanya doktor akan menasihati pesakit gout untuk berpantang makanan berprotin seperti daging, udang, sotong, kekacang dan sebagainya tetapi kita janganlah lupa mengawal pengambilan minuman bergula, buah-buahan manis, jus yang telah dikaji mengandungi kandungan fruktosa yang tinggi yang boleh menyebabkan masalah gout bertambah teruk.
Kaedah Naturopathy dapat membantu masalah ini.
Hubungi : Shima - 019 306 8041 (Whatsapp/Telegram)
No comments:
Post a Comment