Biasanya doktor akan memberikan ubat tahan sakit (painkiller) yang
dikategorikan sebagai “non steroidal anti inflammatory drugs” (NSAIDs)
atau ubat yang merawat keradangan yang bukan jenis steroids.
Sekiranya kita mengalami kecederaan fizikal seperti terseliuh, atau jangkitan kuman, badan kita akan mengalami keradangan.
Sejenis bahan biokimia "prostaglandin" dikeluarkan dari sel-sel yang
cedera bagi menghantar mesej bahawa tubuh sedang mengalami keradangan
dan otak membacanya sebagai tubuh mengalami kesakitan."Prostaglandin"
dalam tubuh dihasilkan dengan bantuan sejenis enzim dipanggil
cyclooxygenase atau disebut secara singkatannya sebagai COX. Terdapat
dua jenis enzim COX iaitu cyclooxygenase-1 dan cyclooxygenase-2.
Dipasaran ketika ini terdapat ubat penahan sakit seperti ibuprofen,
voltaren dan ponstan yang dapat mengganggu fungsi kedua-dua enzim
cyclooxygenase ini dan akhirnya menghalang penghasilan biokimia
"prostaglandin".Jadi kita tidak akan merasa sakit.
Efek
sampingannya pula, ia akan memberi kemudaratan kepada perut dan ginjal
sekiranya dos yang berlebihan dalam jangka masa yang lama.
Terdapat pengilang farmasi telah mengekuarkan ubat penahan sakit yang
lebih selamat, apabila ubat-ubat ini lebih spesifik mengganggu fungsi
COX-2 sahaja. Ubat penahan sakit sebegini dinamakan sebagai "Cox-2
inhibitor". Contohnya Celecoxib (Celebrex) dan Eterocoxib (Arcoxia).
Ubat penahan jenis ini dapat mengurangkan kemudaratan pada perut. la
lebih baik berbanding dengan ubat penahan sakit seperti Ponstan,
Diclofenace, dan Ibuprofen.
MALANGNYA ; Bagi pesakit yang
telah mengalami masalah gastrik dan ginjal, ubatan yang dihasilkan ini
juga diakui tidak selamat untuk diambil.
No comments:
Post a Comment