Farmakologi ialah kajian mengenai bahan mengubat (ubat) yang dipanggil farmaseutikal. Bidang ini menyentuh komposisi dadah, kandungan dadah, interaksi, ketoksikan, dan kesan kesan yang diingini yang boleh digunakan dalam terapi penyakit.
Dadah perubatan (iaitu ubat) memerlukan kebenaran daripada pihak berkuasa mengawal penggunaan dadah seperti FDA di Amerika Syarikat. Di Malaysia pula, kebenaran penggunaan ubat perlu diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. International Conference on Harmonisation berusaha untuk menstandardkan kebenaran penggunaan dadah perubatan di seluruh dunia.
Farmaseutikal boleh disediakan dalam pelbagai jenis bentuk farmakologi. Bentuk yang paling biasa ialah pil, tablet, dan kapsul.
Terdapat banyak sistem klasifikasi ubat, salah satunya ialah Sistem Klasifikasi Bahan Kimia Terapeutik Anatomi.
Untuk sistem pencernaan
antasid, antagonis H2, opioidUntuk sistem kardiovaskular
nitrat, antianginal, penghalang saluran kalsium, diuretik, antikogulant, drug antiplatlet, statinUntuk sistem saraf pusat
garam litium, anti emitik, peransang (termasuk amfetamina), antihistamin, antagonis dopamin, anestettik, antidepresan, hipnotikUntuk sakit dan kesedaran
analgesik, NSAID, analgesik opioid, dadah rawatan migrain, anestetik umum, sedatifUntuk sakit otot dan tulang
NSAID,Untuk mata
NSAID, miotik, astrigen, antibiotik topikal, antijangkitanUntuk telinga, hidung dan oropharynx
NSAID, steroid, antiseptik, antihistamin, antifungusUntuk sistem pernafasan
NSAID, anti alergi, steroid, antagonis reseptor beta,Untuk masalah endokrin
androgen, antiandrogen, hormon tumbesaran, insulin, antidiabetik, hormon tiroid,Untuk sistem pembiakan dan sistem kencing
antifungus, antibiotik, agen alkaliUntuk kulit
antifungus, pelindung kulit (sunscreen), antipeluh (antiperspirant), hormon
Ubat Melalui Kaunter (UBAT 'Over-the-counter' - 'OTC')
Ubat OTC adalah ubat berdaftar yang boleh diperolehi 'tanpa preskripsi'
dan boleh didapati di kaunter farmasi tanpa preskripsi doktor yang
termasuk Ubat Tidak Terkawal, atau ubat yang boleh diperolehi di
kaunter mana-mana farmasi. Di samping itu, ubat yang mengandungi bahan
yang dikawal melalui Akta Racun 1951 (dan disebut Ubat Terkawal) tetapi
boleh diperolehi selepas merujuk kepada ahli farmasi, adalah ubat OTC
juga.
Mengapakah sesuatu ubat diklasifikasikan sebagai ubat 'OTC'?
Ini kerana ubat OTC mempunyai ciri-ciri berikut:
Mengapakah sesuatu ubat diklasifikasikan sebagai ubat 'OTC'?
Ini kerana ubat OTC mempunyai ciri-ciri berikut:
- Memberi lebih banyak kebaikan berbanding keburukan.
- Mempunyai potensi rendah untuk disalahgunakan.
- Selamat digunakan untuk pengubatan kendiri
- Perlu mempunyai label yang lengkap
Di manakah ubat OTC boleh didapati?
- Semua kedai farmasi
- Pasaraya-pasaraya tertentu (jenis ubat yang terhad sahaja)
Apakah maklumat yang patut diketahui sewaktu membeli ubat OTC?
- Dapatkan maklumat sebanyak yang mungkin mengenai ubat itu.
- Soalan yang perlu ditanya:
- Apakah tujuan ubat itu diambil?
- Apakah status pendaftaran ubat itu?
- Bagaimanakah ubat itu diambil?
- Berapa banyakkah kuantiti ubat itu yang perlu diambil?
- Berapa kerapkah penggunaan / pengambilannya dalam sehari?
- Berapakah lamakah ubat itu perlu diambil?
- Apakah kesan sampingan ubat itu?
- Apakah kemungkinannya ia berinteraksi dengan ubat lain, makanan atau penyakit?
- Bagaimanakah cara penyimpanan ubat itu?
- Dapatkan nasihat pegawai farmasi sekiranya bercadang membeli ubat OTC yang mengandungi bahan terkawal.
- Sesetengah ubat OTC tidak boleh digunakan untuk kanak-kanak atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi. Rujuk kepada ahli farmasi untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum menggunakannya.
Berhenti mengambil ubat tersebut sekiranya anda mengalami kesan buruk ubat dan laporkan kepada pegawai farmasi.
- Kesan sampingan masih boleh berlaku meskipun ianya selamat untuk pengubatan kendiri
- Beritahulah doktor atau ahli farmasi jika anda mengambil ubat 'OTC'
Bilakah anda perlu berjumpa doktor?
- Apabila pengubatan kendiri tidak memberikan kesan yang lebih baik atau keadaan anda menjadi lebih teruk.
- Apabila anda mengalami reaksi luar biasa.
Ubat OTC yang sering digunakan
Ubat OTC biasa digunakan untuk |
Tindakan
|
Kesan sampingan
|
|||||||||
Masalah perut
|
|
|
|||||||||
|
|
|
|||||||||
|
|
|
|||||||||
Kesan-kesan alahan
Antihistamin
|
|
|
|||||||||
Demam dan sakit badan
Analgesik
|
|
|
|||||||||
Loya dan muntah
Antihistamin
|
|
|
|||||||||
Keadaan kulit
|
|
|
- Ia digunakan secara topikal (ubat sapu). Biasanya tidak memberikan kesan sampingan jika digunakan mengikut sukatan yang dicadangkan
No comments:
Post a Comment